Zuraida Kamaruddin menjelaskan, program aktiviti berbasikal yang dirasmikan beliau di Kuala Lumpur baru-baru ini dan kini disiasat polis telah mendapat kebenaran pihak berkuasa itu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengulas soalan pemberita mengenai laporan polis Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) terhadap beberapa menteri yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan.