Bekalan air di Selangor adalah mencukupi bagi keperluan menjelang musim hari raya walaupun fenomena El Nino sedang melanda Lembah Klang, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun beliau mengakui masalah sebenar ialah dari segi logistik dan pengagihan air ke kawasan pengguna.