Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar yang dibawa oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS - Pokok Sena) bagi membahaskan urusniaga kontroversi Tabung Haji yang membeli tanah di Tun Razak Exhchange (TRX).
Menurut speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, isu berkenaan telah ditangani dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Tabung Haji supaya menjual semula tanah itu.