Blok pembangkang kesal parlimen tolak usul bahas pengedaran komik BRI didakwa ideologi komunis

KiniTV 2019-10-23

Views 382

Blok pembangkang hari ini melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang menolak usul bagi membahas pengedaran buku komik propaganda di sekolah-sekolah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Speaker itu adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Padang Terap telah membentangkan usul supaya pihak kerajaan iaitu KDN mengharamkan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manafaat Bersama’ namun Padang Terap mendapat jawapan daripada Speaker usul itu ditolak.

“Jadi kita kesal dengan keputusan Speaker kerana kita lihat buku ini sepatutnya tidak dibenar diedarkan, perlu diharamkan kerana beberapa sebab. Pertamanya, buku ini mempromosikan ideologi sosialisme komunisme China.

Share This Video


Download

  
Report form