Usul Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng supaya sidang Dewan Rakyat membahaskan usul mengenai ancaman kumpulan militan Negara Islam atau IS di negara ini ditolak.
Katanya, usul berkenaan dibuat kerana keresahan berhubung laporan akhbar bahawa dua pemuda dari negara ini berjaya lolos dan menyertai IS telah dikesan terbabit dalam satu rakaman video penyembelihan seorang rakyat Syria.