Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui terdapat bermacam-macam golongan di dalam parti itu tetapi katanya, jika timbul perbezaan pendapat, mereka perlu bermesyuarat dan apabila keputusan dibuat, semua pihak mesti menerimanya supaya parti tidak berpecah.
Bercakap majlis dialog “Bicara Harakah” di Kuala Lumpur, menurutnya, jika ada yang berpecah, mereka adalah golongan yang tolol dan jika mereka keluar parti, PAS akan selamat.