Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat bakal ditimpa malang dan gabungan pembangkang itu hanya mempunyai dua minggu untuk hidup.
Dalam satu kenyataan, tanpa menyebut secara khusus apa yang boleh mencetuskan kematian mengejut Pakatan, Lim bagaimanapun merujuk kepada pemilihan PAS pada 4 Jun ini.