Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang membidas Umno yang didakwa mengamalkan politik talam dua muka dan tidak berpinsip dalam segala amalan parti itu.
Beliau memberi contoh, pemimpin Umno akan memainkan sentimen perkauman dan agama dengan mengatakan kitab Bible boleh dibakar di Semenanjung tetapi apabila mereka ke Sabah dan Sarawak lain pula ceritanya.