Ku Nan: Umno pun tak tahu siapa bakar bendera DAP

KiniTV 2015-08-03

Views 5

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak pasti sama ada kumpulan yang membakar bendera DAP di perkarangan bangunan Komtar, yang menempatkan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang, semalam adalah ahli Umno.

Katanya, meskipun ada pihak yang mendakwa ahli Umno bertanggungjawab tetapi beliau akan menyerahkan kepada pihak polis bagi membuat siasatan.

Semalam satu bantahan diadakan terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana meruntuhkan papan tanda di Menara Umno di negeri itu dan mereka yang hadir menjadi berang apabila pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri dikunci.

Share This Video


Download

  
Report form