Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, usaha parti itu menghadapi musuh nyata jauh lebih mudah berbanding menentang 'musuh yang tersembunyi'.
Malah katanya kesan daripada perbuatan pihak sebegitu jauh lebih besar kepada parti.
Menjelaskan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dalam usaha Umno memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, Mohamad berkata ada beberapa aspek yang perlu diberi penekanan, termasuk mengenali musuh sebenar.