Enam orang terbunuh apabila gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah Xinjiang di barat China kira kira jam 9 waktu tempatan.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa itu berpusat di daerah Pishan pada kedalaman 10 kilometer. Pishan terletak di selatan gurun Taklamakan dekat sempadan India dan dihuni etnik Islam Uighur.