DAP Selangor hari ini berikrar akan mempertahankan pengerusinya, Tony Pua yang berdepan dengan saman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahannya mengenai skandal 1MDB.
Selain itu, menurut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, , mereka juga berdiri teguh bersama akhbar The Edge yang digantung permit penerbitannya kerana juga mendedahkan skandal 1MDB.