Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan tetap menulis tentang isu dan skandal 1MDB yang sarat hutang sekalipun kerajaan mengenakan pelbagai sekatan ke atas kebebasan media.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi sebuah hotel di ibu negara hari ini apabila diminta mengulas mengenai laman web Sarawak Report yang disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan laporan mengenai skandal kewangan syarikat pelaburan negara itu.