Idrus Harun antara ahli baharu suruhanjaya kehakiman

AWANI 2024-11-18

Views 9

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, adalah antara empat individu dilantik sebagai ahli baharu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2024.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, bekas Hakim Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid, dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr. Hartini Saripan.

Share This Video


Download

  
Report form