Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, menegaskan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus kini menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Beliau menekankan bahawa sebarang perubahan OPR akan berdasarkan kepada data ekonomi domestik, bukan tindakan luar seperti keputusan Rizab Persekutuan AS.