Malaysia harus berhati-hati terhadap inflasi memandangkan inflasi teras masih tinggi malah lebih tinggi daripada biasa. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menjelaskan, inflasi yang tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ia boleh menjejaskan ekonomi.