[TERKINI] Pengasuh menangis teresak-esak di kandang tertuduh

AWANI 2024-09-13

Views 47

Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan, Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Jumaat.

Kejadian berlaku di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, minggu lalu.

Tertuduh Nor Afifah Abdullah Shuhaimi,34 tahun menangis teresak-esak dikandang tertuduh sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Untuk laporan lanjut, kita bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Abd Kadir.

Share This Video


Download

  
Report form