Pemungut barang terpakai didakwa cuba rasuah RM500
BERITA SEMASA 3 APRIL 2024
Seorang pemungut barangan terpakai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan cuba memberi rasuah wang RM500 kepada seorang Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tahun lalu.
Tertuduh, Lee Swee Huat, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Swee Huat dilaporkan cuba memberikan rasuah supaya tindakan undang-undang tidak dikenakan terhadap syarikat Swee Huat Enterprise atas kesalahan meletakkan barangan lusuh di tempat awam, tanpa kebenaran MBIP.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657960/berita/semasa/pemungut-barang-terpakai-didakwa-cuba-rasuah-rm500
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuah #cubarasuahpembantupenguatkuasa