Pegawai polis didakwa minta, terima rasuah tutup kes dadah

Sinar Harian 2024-05-28

Views 16.4K

Pegawai polis didakwa minta, terima rasuah tutup kes dadah

BERITA SEMASA 28 MEI 2024

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas empat pertuduhan meminta dan menerima wang suapan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan berhubung kes dadah pada 2021, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Tertuduh, Mohammad Kassim Mamas, 36, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667100/berita/semasa/pegawai-polis-didakwa-minta-terima-rasuah-tutup-kes-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuah #inspektormintarasuah #PDRM #SPRM #Kedah

Share This Video


Download

  
Report form