Pengerusi Yayasan RYTHM, Datin Sri Umayal Eswaran berkata Yayasan RYTHM membantu komuniti berdiri atas kaki sendiri dan menjadi mandiri. Jelasnya, ia dicapai dengan memberikan ruang yang luas kepada rakan kongsi komuniti untuk bersuara, seterusnya melakar program yang sesuai dengan keperluan setempat.