Bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua remaja kekal bebas

Sinar Harian 2024-02-08

Views 14.6K

Bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua remaja kekal bebas

BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis mengekalkan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja, atas pertuduhan membunuh suami wanita itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, enam tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli memutuskan demikian selepas menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut.

Ketika membaca keputusan penghakiman yang diperoleh secara sebulat suara, Vazeer berkata, pendakwaan selaku pemohon gagal membuktikan elemen kesalahan, sama ada Samirah dan dua remaja ini telah menyebabkan kematian Nazrin.

Menurutnya, keputusan Mahkamah Tinggi adalah tepat apabila menyatakan, teori Samirah dan dua remaja itu selaku responden, dilihat berada bersama mangsa sebelum kejadian, tidak boleh diterima pakai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648598/berita/semasa/bunuh-ceo-cradle-fund-samirah-dua-remaja-kekal-bebas

#SinarHarian #BeritaSemasa #CradleFund #Samirah #Mahkamah

Share This Video


Download

  
Report form