Kakak ipar tidak mahu Samirah, dua remaja disabitkan

Sinar Harian 2024-02-08

Views 4.9K

Kakak ipar tidak mahu Samirah, dua remaja disabitkan

BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024

Kakak Allahyarham Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan yang dibunuh dalam kebakaran pada 2018 lalu, menyatakan tidak mahu adik iparnya, Samirah Muzaffar dipenjara atau ke tali gantung, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Che Elainee Che Hassan, 67, berkata demikian ketika sidang akhbar selepas keputusan di Mahkamah Rayuan pada Khamis, yang mengekalkan pembebasan Samirah dan dua remaja berusia 19 dan 22 tahun atas tuduhan membunuh.

Menurutnya, ahli keluarganya berada dalam keadaan serba salah dan masih bersedih dengan kematian Nazrin.

Katanya, mereka menerima keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan hati yang terbuka dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/648618/berita/semasa/tidak-mahu-samirah-dua-remaja-disabitkan

#SinarHarian #BeritaSemasa #CradleFund #Samirah #Mahkamah

Share This Video


Download

  
Report form