BERITA SEMASA 1 FEBRUARI 2024
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono menyokong penuh program Berani Semuka Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 bertajuk Indonesia Pilih Siapa? anjuran Sinar Harian yang akan berlangsung pada Ahad ini jam 8.30 malam.
Menurutnya, Berani Semuka menjadi pentas terbaik untuk mendorong generasi muda dari kedua-dua negara aktif berpolitik.
Tambah Hermono, tiga wakil pasukan calon Presiden (Capres) Pilpres yang akan bersemuka terdiri daripada orang-orang muda yang bakal memberi penjanaan semula dimensi politik bukan sahaja kepada Indonesia bahkan untuk Malaysia.
#BeritaSemasa #SinarHarian #Pemilu2024 #Capres2024 #Pilpres2024