MUla diperkenalkan buat pertama kalinya pada 22 Mei 2012, Debat Sinar Harian mempertaruhkan dua nama besar iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bertemu Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhujah tentang isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan hala tuju pendidikan tinggi negara.
Sejak itu, program ini mula mendapat sambutan hangat kerana konsepnya yang berbeza dan disertai ramai pemimpin muda.
Bagaimanapun seiring dengan peredaran masa, selepas lapan tahun, Debat Sinar Harian membuat sedikit perubahan dan pada 2020, dikenali sebagai Berani Semuka.
Saksikan transformasi program ini yang dikatakan berjaya menyatu dan mengetepikan ego ahli politik dari pelbagai latar belakang untuk berada di atas satu pentas sama bagi melontar pandangan juga berkongsi idea dalam pelbagai isu.
#Debat #DebatSinarHarian #BeraniSemuka #politik #politikMalaysia