Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Prof. Madya Dr. Firdausi Suffian berkata pengagihan subsidi secara bersasar dengan memanfaatkan sistem Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) adalah langkah yang terbaik. Jelasnya, kaedah tersebut akan memastikan setiap rakyat yang benar-benar memerlukan berdasarkan data semasa.