Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata amalan pemberian subsidi telah merosakkan struktur ekonomi negara dan memanjakan rakyat secara keseluruhan. Jelasnya, amalan ini sukar untuk dipulihkan memandangkan semua pihak berharap serta bergantung kepada dasar populis berkenaan.