MyCARE salur bantuan lebih RM1 juta untuk Palestin
BERITA MOJO 12 NOVEMBER 2023
Kesengsaraan rakyat Palestin yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran untuk hidup dalam keadaan perang sejak bulan lalu mendapat simpati rakyat Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak.
Rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan RM1 juta menerusi tabung yang dilancarkan Pasar Raya Econsave Cash and Carry Sdn Bhd (Econsave) dengan kerjasama MyCARE Johor sejak 14 Oktober lalu.
Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, sumbangan melibatkan kewangan, perubatan dan makanan itu sudah disampaikan menerusi fasa pertama RM500,000 iaitu selepa tiga hari perang tersebut tercetus kepada pejabat dan wakil MyCARE di Gaza.
Katanya, fasa kedua pula sebanyak RM500,000 lagi disalurkan ke Wisma Putra baru-baru ini.
Selain itu beliau turut menyertai Himpunan Aman Solidariti Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai Prihatin Palestin di Johor Bahru pada Sabtu yang dihadiri hampir 1,000 penduduk setempat.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/634174/berita/nasional/mycare-salur-bantuan-lebih-rm1-juta-untuk-palestin
Muzik: Ziv Moran - Make It dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini