Cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta tumpas
BERITA SEMASA 14 MEI 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, operasi tersebut dilakukan Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Stesen Ipoh yang menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di pelabuhan berkenaan.
Kontena tersebut pada asalnya diikrar sebagai sayur-sayuran sejuk beku di dalam Borang Kastam 1 malah sebahagian kecil kontena tersebut diisi dengan beberapa kotak mengandungi sayur-sayuran tersebut.
Beliau bercakap kepada pemberita di Pejabat Kastam Negeri Perak di Ipoh pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664666/edisi/perak/cubaan-seludup-daging-anak-babi-lebih-rm1-juta-tumpas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #ikarsayurtapianakbabi #kastam #Ipoh