Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan - Zahid
BERITA SEMASA 13 JULAI 2023
Usaha UMNO ke arah pembebasan bekas presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dipenjarakan masih terus berjalan.
Perkara tersebut ditegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekali gus menolak dakwaan penyokong Najib akan beralih sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) disebabkan kecewa terhadap layanan UMNO terhadap 'bossku'.
Ahmad Zahid berkata, usaha berkenaan bagaimanapun tidak perlu dijelaskan kepada umum.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa