Zahid ingatkan jentera BN agar lipat gandakan usaha
BERITA MOJO 23 SEPTEMBER 2023
Barisan Nasional (BN) tidak mengambil mudah persaingan dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, walaupun memiliki majoriti selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerana itu jentera diingatkan agar melipat gandakan usaha dan melakukan pendekatan sesuai memastikan kerusi DUN Pelangai kekal milik BN.
Dalam pada itu, Zahid berkata, kaedah luar biasa akan digunakan bagi memenuhi kehendak pengundi DUN Pelangai memastikan kemenangan seperti di DUN Simpang Jeram, Johor.
Artikel berkaitan: https://bitly.ws/Vtgw
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #PRKDUNPelangai