Tun Mahathir terus kritik pimpinan Anwar, dakwa tiada hala tuju
BERITA SEMASA 9 JULAI 2023
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengkritik pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mempunyai hala tuju mengemudi negara, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Mahathir berkata, kekerapan Anwar memberi kenyataan dilihat hanyalah sebagai untuk mengekalkan populariti sebagai perdana menteri semata-mata.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga turut membangkitkan persoalan mengenai kedudukan orang Melayu di dalam Dasar Malaysia Madani yang diperkenalkan pada Januari lalu.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian pada Khamis.
Artikel: http://bitly.ws/KMvu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian