Bekas SU UMNO Bandar Tun Razak didakwa buat hantaran jelik

Sinar Harian 2024-01-31

Views 8.1K

Bekas SU UMNO Bandar Tun Razak didakwa buat hantaran jelik

BERITA SEMASA 31 JANUARI 2024

Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Abd Zarin Mohd Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, atas satu pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin, empat tahun lalu.

Abd Zarin yang lebih dikenali sebagai 'Sang Kelembai' selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, blogger berkenaan didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi Facebook menggunakan akaun 'Zaharin Mohamad Yasin', pada jam 2.03 pagi, 21 Disember 2020.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647197/berita/semasa/bekas-su-umno-bandar-tun-razak-didakwa-buat-hantaran-jelik

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #hantaranjelik

Share This Video


Download

  
Report form