Penganalisis Kanan berkaitan Dasar Sosial Development Pathways, Dr. Stephen Kidd berkata 20 peratus subsidi petrol wajar dipertimbangkan untuk dimansuhkan dan disalurkan kepada dana pencen kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jelasnya, ini merupakan langkah yang boleh menggalakkan pencarum untuk meningkatkan simpanan mereka.