Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memotong 10 peratus dari pencennya dengan syarat ia digunakan untuk mengurangkan beban mereka yang hilang punca pendapatan. Dr Mahathir mengakui kehidupan beliau tidak terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terpaksa diamalkan.