Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
BERITA SEMASA 7 JUN 2023
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina ALLAH, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook, dua bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian,Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan dua hakim iaitu Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan V.M Mabel Sheela.
Lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang bersifat jelik dan menghina agama ALLAH, nabi dan agama Islam menggunakan akaun Facebook miliknya 'Ali Tikos', dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu telah dibaca di sebuah rumah di Rumah Pangsa Awam Larkin Johor Bahru, pada kira-kira jam 10 malam, 26 April lalu.
Artikel: https://go.sinar.la/3J0X9D8
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian