Malaysia diseru terus lantang bersuara dan menggunakan pengaruh dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada rejim Zionis. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata desakan berterusan daripada Malaysia serta rantau ini amat penting dalam menghentikan keganasan zionis itu terhadap penduduk Palestin.