Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin mengecam kegagalan komuniti antarabangsa untuk menghentikan peperangan dan genosid dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin.
Menurut kementerian itu dalam satu hantaran di X, kegagalan ini memberi keberanian kepada Israel untuk terus meningkatkan jenayah perang secara kejam, terutama di Gaza Utara.