Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini

Sinar Harian 2023-04-10

Views 58.5K

Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah pada 18 April ini, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding ketika prosiding sebutan kes berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), pada Isnin.

Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, pasangan tersebut mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik.

Katanya, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut, antaranya mengenai hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian.

Artikel: https://go.sinar.la/3UlbiQi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form