'Let me go', Puteri Sarah titip pesan buat suami

Sinar Harian 2023-03-07

Views 18K

'Let me go', Puteri Sarah titip pesan buat suami

BERITA SEMASA 7 MAC 2023

Biarpun Syamsul Yusof enggan menceraikannya, pelakon Puteri Sarah memohon agar suaminya itu melepaskannya dengan cara baik.

Bercakap kepada media di luar bilik bicara, Puteri Sarah tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu bahawa pengarah filem 'Mat Kilau' itu didakwa memukul isterinya pada tahun 2020 lalu sehingga memaksa Puteri Sarah keluar daripada rumah yang diduduki.

Akberdin berkata, Puteri Sarah hanya pulang semula ke rumah itu selepas dipujuk kedua-dua mertuanya.

Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai.

Artikel: https://bit.ly/3KXE1Id
https://bit.ly/3LjSDlx


Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #puterisarah #SyamsulYusof

Share This Video


Download

  
Report form