Situasi semasa kes COVID-19 dalam negara masih terkawal dan setakat ini tidak memerlukan kerajaan mengambil langkah sehingga menutup sepenuhnya pintu sempadan negara, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Bagaimanapun, menurutnya kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.