Terdapat 19 agensi terlibat dalam National Task Force ini dan ATM sebagai Penyelaras Operasi Bersepadu yang dikenali sebagai Operasi (OP) Benteng bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi keselamatan lain adalah bagi mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pati untuk mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19 yang dikuartiri dibawa oleh PATI terlibat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, kita berbesar hati membawakan dua individu yang bertanggungjawab dalam NTK dan Op Benteng ini, Mej Jen Datuk Zahani Zainal Abidin TUDM, Panglima Wilayah Udara 1 dan DCP Datuk Mohd Hishamudin Tahar, Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM.