Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di tujuh negeri sehingga 3 Disember ini.
Menerusi kenyataan yang dikemas kini, MetMalaysia memaklumkan, kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Hulu Perak, Kelantan, Terengganu dan Jerantut, Kuantan serta Pekan di Pahang.