Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak bermula hari ini hingga 4 Januari.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak.