Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yakin PH sebenarnya sudah berada dalam keadaan baik dan boleh menang 80 kerusi.
Berucap pada ceramah di Ledang, Johor malam tadi, calon Pandan itu mengulangi bahawa parti yang sedang mendahului PRU15, buat masa ini, ialah PH - yang menurutnya akan memenangi kira-kira 80 kerusi.
Mohd Rafizi yang juga calon PH Parlimen Pandan berkata jangkaan tersebut juga dibuat berdasarkan beberapa kaedah termasuk maklum balas, data dan tanggapan yang diterima di media sosial, selain penerimaan pengundi ketika kempen bersemuka dilaksanakan.
Sumber: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/6513175178708889