Penanda aras realistik buat Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum akan datang ialah memenangi kira-kira 80 kerusi parlimen, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam temu bual bersama Malaysiakini.
Rafizi yang kembali aktif dalam arena politik berkata PH perlu mula menggandakan usaha merayu kepada pengundi pada kadar segera bagi mengelakkan mereka terkubur pada pilihan raya umum ke-15 nanti.