Isu kasut velcro: Bapa pelajar mahu tindakan tegas dari kementerian

KiniTV 2022-11-04

Views 50

Bapa kepada pelajar berusia 13 tahun itu yang didakwa dihukum oleh seorang guru di sebuah sekolah menengah di Tasek Gelugor baru-baru ini berkata dia akan membawa perkara itu ke mahkamah.

R Mogan, 38, berkata dia akan memfailkan saman terhadap sekolah, guru, dan jabatan-jabatan yang berkaitan di Kementerian Pendidikan berhubung pengalaman pahit anaknya itu susulan kenyataan jabatan pendidikan daerah bahawa tiada bukti untuk menyokong dakwaan pelajar berkenaan.

Pelajar Tingkatan Satu itu mendakwa dia dihukum oleh seorang guru, yang memaksanya melutut di atas jalan tar ketika panas dengan mengangkat kedua-dua tangan terangkat kerana memakai kasut jenis velcro dan bukannya yang bertali. Dia juga mendakwa guru tersebut memaksanya menanggalkan kayiru (tali suci) di lenggan dan mengelap pottu (titik hitam tradisional) dan vibuthi (abu suci) dari dahinya.

Sumber video: https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/videos/1319057005527628/

Share This Video


Download

  
Report form