Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini menerima usul oleh Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) untuk merujuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Ini susulan kesilapan yang dilakukan oleh Shabuddin ketika membuat penandaan undi belah bahagi semasa pengundian peruntukan Kementerian Kewangan di peringkat jawatankuasa Isnin lalu.