Penyandang kerusi parlimen Arau, Shahidan Kassim, malam tadi mengejutkan ramai apabila mengumumkan semua bilik gerakan BN di kawasan itu ditutup.
Desas-desus nama beliau tidak terpilih sebagai calon di parlimen itu dalam pilihan raya umum Ke-15 nampaknya seakan-akan menjadi kenyataan.
Dalam hantaran di media sosial semalam, beliau yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini memberitahu semua bendera parti diturunkan pada "malam kesedihan yang teramat sangat" itu.