SPRM buka bilik gerakan 24 jam di Semenyih

KiniTV 2019-02-15

Views 121

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi memantau pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih.Dalam kenyataannya, SPRM berkata bilik gerakan itu membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK berkenaan.Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih.Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi di talian.Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Share This Video


Download

  
Report form