PH lancar manifesto PRU15 2 November
BERITA SEMASA 28 OKTOBER 2022
Pakatan Harapan akan melancarkan manifestonya yang dikenali sebagai 'Tawaran Harapan Kita Boleh' untuk PRU15 pada 2 November ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PH Pusat, Adly Zahari berkata, ia dijangka dilancarkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, manifesto ini berasaskan kepada tiga teras paling penting iaitu kebajikan, ekonomi dan sistem yang perlu diberikan pembaharuan antaranya melibatkan pentadbiran termasuklah dari segi saiz kabinet kita dan juga isu-isu yang melibatkan penyampaian kepada rakyat.
Artikel: https://bit.ly/3Dgpzpb
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian